Sunday, March 9, 2008

my mom's chocolate cake


my mom's secret recipe for chocolate cake...

A (coklat cair)
2 cawan gula
1 cawan serbuk koko
2 cawan air
* masak atas api kecil sehingga likat dan biarkan sejuk
B (untuk topping)
coklat masakan 300g
1/2 cawan susu cair
* masak cara double boil lepas tu biarkan sejuk
C (kek)
2 kiub mentega (yang 250g sekiub)
8 biji telur ayam
4 cawan tepung naik sendiri
1 3/4 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanila
Secubit garam
  1. Pukul gula + mentega sampai putih
  2. Masukkan telur dan pukul (sebji-sebiji)
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan coklat cair (bahan A) sedikit2, dan pukul
  4. Tambahkan vanila + garam
  5. Sapu mentega dan taburkan sedikit tepung pada pelengat (bekas masak kek) dan kelilingnya (supaya kek yang sudah masak senang ditanggalkan dari bekasnya)
  6. Bakar selama 40 - 45 minit pada suhu 150C
  7. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari bekasnya
  8. Setelah kek dikeluarkan dari bekasnya, tuang topping (bahan B), selepas 5 minit baru taburkan chocolate rice (kalau tak nanti chocolate rice tenggelam)

* sukatan di atas adalah untuk 2 biji kek, di antara 2 kek tu boleh sapukan coklat untuk topping tu...

Result? tadaaaa....imran's birthday cake!!!